Pages

Showing posts with label alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label alhamdulillah. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

jangan biarkan emosi mempengaruhi anda..

assalamualaikum dan selamat malam..

alhamdulillah, kita still dapat hidup di atas dunia ni.. masih da lagi masa untuk kita reflect balik diri kita.. Allah bagi kita peluang untuk berubah..

hari ni memang hari yang indah, juz aku ja kot yang tak bapa nak indah.. keh3.. yalah, masuk kelas pagi pun dah leh terlelap.. hanya sempat dengaq 3jenis waxes yang digunakan dalam klinik; pattern wax, processing wax and impression wax.. dia punya characteristics, aku dah tak dengaq sebab dah lelap.. ehsan2, pa nak jadi ni.. ok! tidurku bukan dipengaruhi oleh emosi yang tengah excited atau sedih atau papa ja la...

well, lets us proceed to the main point.. emotion..! ok, aku belajaq benda2 yang berkaitan ngan emosi ni masa subjek critical thinking.. cam besa, dalam kelas ni pun aku leh tiduq.. maybe dalam 30-45 minit gak aku terlelap.. tapi bila aku celikkan mata, dah masuk bab the condition that can affect your thinking.. *kalau aku tak salah.. kalau salah, maknanya aku tengah mamai lagi la 2..

aku nak highlight kan factor yang ke 4, emotional.. bak kata Mr. Hisyam, " if your mood is not good at that time, you might not able to study.. the problem that frequently caused this bad mood is L.O.V.E.. if you have a broken heart, you not able to concentrate on your study, your dream.. the reasons why you live in this world... etc.. it takes a few months for you to become normal again " *dah rasa cam dok dalam kelas cinta plak petang tadi...:P
masalah bab2 cinta?

well, aku admit memang da certain2 owang yang aku perhati, their studies will be affected if they have probs with their couples.. n aku admit, aku pernah jatuh cinta..*ayat cam owang terlebih matang! tukar2, aku pernah suka kat owang.. n aku pernah gaduh ngan owang yang aku suka.. aku malas nak mengimbau detik2 aku gaduh masa sekolah menengah, so aku juz ceta masalah yang aku alami dalam masa aku dah masuk degree..

aku rasa aku banyak dapat masalah dengan perasaan sayang n suka aku masa nak dekat2 nak exam.. even masa final yang lepas baru2 ni.. alhamdulillah setakat ni, bagi aku kalau aku da masalah ngan perasaan sayang aku, aku maybe tak dapat tumpu dalam sehari dua, bukannya sebulan bak kata Mr Hisyam.. i have Allah! jujur aku kata, kalau sedih bab2 hati yang kita tak tau mana pengakhirannya, aku banyak merintih kat Allah.. such a relief bila dah habeh doa 2.. rasa kosong fikiran aku... Allah 2 Maha Pendengar.. Allah suka kalau hambaNya merintih kat Dia.. cuma aku rasa aku ni berdosa sebab cam ingat kat Allah bila da masalah saja.. tapi memang dengan berdoa kat Allah, aku rasa aku dah hilang segala masalah 2.. Ya Allah... *tolong! empangan ayaq mata nak pecah dah ni.... contohnya, masa aku nak exam microbe esok, there r a little bit prob about my ehem2, so aku menangis masa lepas solat isyak...sebab petang 2 aku tak leh study.. tapi alhamdulillah, Allah lapangkan fikiran aku.. hati aku...

n aku da sahabat2 baik aku yang selalu dengaq aku luahkan perasaan.. bagi semangat kat aku.. tak pun dengaq aku marah pun dah leh kurangkan aku punya beban.. layan aku punya merajuk.. kuchai.. jat.. gee.. sahabat2 baik aku yang banyak tolong aku, bukakan mata aku tentang hakikat hidup n pasal perasaan ni... bukan bermakna aku ni tak da famili untuk luah perasaan bila aku da masalah bab2 love ni.. juz aku tak habaq kat famili aku.. so, aku tak luah kat depa..

tapi aku da masalah yang berkaitan ngan famili, contohnya aku risaukan kesihatan ahli famili aku, memang aku tak kan mampu nak tumpu sehingga la ahli famili aku lega n sihat... example, aku risau pasal mama aku yang demam.. aku tak leh concentrate wat keja dalam makmal stimulasi.. benda yang simple, tapi aku leh careless sampai berdarah tangan.. aku punya otak memang tak dapat nak tumpu... otak da ja dalam skull 2, tapi tak digunakan sepenuhnya pun.. masuk kelas, memang akan tiduq setiap subjek dari pagi sampai petang.. famili gives big impact to me instead of love yang ntah ke mana...

so aku harap sangat2, sapa2 yang da masalah pasal cinta, sama2 la kita letakkan pengharapan kat Allah.. wat pa nak kalot pasal owang 2.. ntah dia suka ka tak kat kita pun tak tau.. betoi ka dia layak untuk hati kita yang istimewa ni..? yang ni peringatan untuk aku jugak..:)

p/s: attitude also can influence us to think.. person with low self esteem takkan puas ati dengan pa yang dia da.. high self esteem pulak yakin.. so aku kategorikan diri aku high self esteem sebab aku yakin yang aku ni COMEY! keh3.. *juz kidding~~~

Thursday, 31 January 2013

meniru? tak elok ok!!

assalamualaikum dan selamat petang...

alhamdulillah 5th batch dental school dah berjaya mengharungi ari2 yang dikelilingi oleh nama2 dadah atau drugs, dan nama2 penyakit2 yang menggerunkan mata yang memandang... overall, aku dapat cakap kalau orang 2 sakit n minta ubat kat aku, mesti dia KO punya... sebabnya? aku salah bagi ubat la.. ish3... untuk penyakit punya subjek atau dikenali sebagai pathology, aku kononnya harap la cikit yang result aku untuk subjek ni lagi OK dari subjek yang pasal drug, tapi alahaiiiiiiiii.... tipis nampaknya harapan bila paper petang aku blank n tak tau nak jawab pa... :'(

our logo maybe...?
disebabkan aku dalam musim pereriksaan ni, aku teringat la kisah2 aku zaman2 hingusan dulu.. well, exam dulu memang bes.. sebab soalan dia senang kot?? *senang la kalau compare dengan soalan aku jawab sekarang kan?? well, keja gila yang pernah aku wat masa exam ialah makan masa trial spm.. tapi yang 2 cam tak berdosa sangat kot.. ntah.. no komen! tapi masa aku form 4, dalam kelas 4 ikram smkak, tepi tingkap n bahagian depan, wakto exam pertengahan tahun, paper fizik, aku wat keja gila yang pernah2 aku wat.. aku bawa masuk formula untuk soalan2 fizik.. sebabnya?? masa 2 aku belum minat fizik, n aku rasa otak kosong tanpa sebarang pengetahuan mengenai fizik ni, so aku wat benda yang tak elok 2...

tapi Allah balas on the spot gak.. sebabnya?? walaupun aku bawa masuk formula 2, tapi aku tak tau bila nak guna.. soalan pun aku tak paham.. n result aku hanya cukup2 nafas ja untuk lulus... juz lebih 2 markah dari markah lulus... n paling best, lepas ja habeh exam, cikgu fizik aku tau pasal keja jahat aku.. emmm... memang kena cop jahat la aku ni.. well, tapi aku memang nakal sangat2 masa sekolah menengah dulu...

untuk sekolah rendah, aku tak da memori pasal aku meniru atau wat benda2 jahat, so aku kira aku bersih dari sebarang keja gila... ahaha... tapi bawak masuk formula 2 ja yang aku wat gila dalam exam.. sebab aku pernah dengaq sowang ustazah ni kata: " kalau kamu berjaya sekalipun dalam exam dengan meniru, dapat keja elok dengan result kamu yang bagus 2, keja 2 akan jadi halal ka tak? "

so, aku kena pikiaq masa depan aku camna... kalau sekalipun tak berjaya dalam exam, tapi kalau ilmu 2 ada dalam dada n kita praktikkan ilmu 2, itu pun dah cukup n amat bagus... yeah3.. dunia zaman sekarang semua akan compare keputusan exam, belajaq tinggi mana... so, MARILAH JADI ORANG YANG BERJAYA DALAM EXAM DAN SENTIASA PASTIKAN ILMU ADA DALAM DADA SERTA DIAMALKAN!

lagipun, meniru 2 tak elok.. walaupun ramai bagi alasan yang kalau kita meniru dalam exam 2 menunjukkan kita ni saling tolong menolong dalam kalangan kawan2 kita... tolong menolong?? tolong menolong la sangat kan??! kan lagi seronok kalau kita dapat tengok markah exam kita 2 hasil usaha kita sendiri kan?? emmm... pendapat aku! meniru 2 pun cam bohong diri sendiri... bohong cikgu...  bohong ibu n ayah...

cena dikatakan bohong diri sendiri?? sebabnya kita tak usaha sendiri... keputusan 2 bukan totally hasil usaha kita...
cena bohong cikgu?? cikgu kan tak bagi kita meniru, tapi kita lawan cakap cikgu n wat muka seposen untuk cover kita meniru... tak bohong ka 2??
bohong ibu ayah?? janji nak jadi anak baik masa pi sekolah, so bila meniru maksudnya kita bohong ngan ibu n ayah kita la kan??

jadi sama2 kita cuba untuk tak meniru masa exam ni.. usaha, tawakal insyaAllah kita akan berjaya... tak perlu la nak terlalu mengharapkan kawan2.. ntah2 jawapan kawan 2 pun tak tentu betulnya... kita tiru 2 cam konfem2 ja kawan 2 tak da salah kan???

* walaupun setiap kali b4 masuk exam, aku selalu merapu ngan kawan aku suruh tunjukkan jawapan dia masa exam, tapi tak pun intai jawapan dia... biaq tengok kertas objektif sendiri yang tak habeh dilorek lagi... semua nasib aku 2... :P
fizik yang aku belajaq masa tamhidi atau nama lainnya asasi... I LOVE U PHYSICS!!!
* walaupun aku sekarang amat minat fizik, tapi dah tak belajaq... amat sedih ok! maybe leh request nak kawin ngan engineer atau arkitek kot...apa kaitannya??

Tuesday, 8 January 2013

terima kasih sahabat...:)

assalamualaikum dan selamat malam...:)

alhamdulillah setelah memikirkan bendalah2 yang agak menyerabutkan otak, sokongan famili, kawan2 atau yang lebih tepat para sahabat yang sentiasa ada dan bagi sokongan dekat aku memang banyak membantu... sokongan 2 banyak sangat tolong aku; tolong aku supaya tak cepat melenting bila otak dah serabut sangat2, dan tolong aku supaya tak pecahkan empangan aku yang dah retak dah ni... memang aku amat serabut bila dapat sesuatu amanah yang bagi aku amat berat.. sebabnya aku takot aku tak mampu nak jalankan amanah 2... tapi bila dengaq ja housemate aku kata: " Allah takkan bagi kita pegang sesuatu amanah kalau kita tak layak untuk pikul amanah 2"... terubat sikit hati aku... *ceh!cover photo kat fb sendiri pun tulis lebih kurang camtu ja

ya Allah...Kau rahmatilah keluarga dan sahabat2 aku ini.. berkatilah kehidupan mereka... sesungguhnya aku bukanlah sahabat yang cukup baik untuk mereka... :'(

p/s: buat sahabat aku yang jauh.. terima kasih kerana anda amat memahami.. maapkan aku sebab menyusahkan hang.. u are one of my bestfriends u know..! i am so glad because i choose friendship instead of relationship...:D

rakan seperjuangan ketika di tamhidi... berjuang bersama di fakulti syariah... dks 1.5 :)
~~~kerna kau la yang sanggup mengerti aku dalam susah dan senang...bila ku lelah tetaplah disini, jangan biarkan aku sendiri.. bila ku marah, biarkan ku bersadar..janganlah kau pergi  untuk menghindar...~~~