Pages

Friday, 16 November 2012

nasihat dan bimbingan untuk puteriku-syeikh Ali Thantawi

assalamualaikum dan salam maal hijrah...:)

setelah dipunggah buku2 lama yang tersimpan rapi dalam almari, aku tiba2 terjumpa satu buku kecik yang bagi seribu satu makna bukan kepada puteri2 sekalian tapi kepada putera2 gak.. tapi disebabkan surat beranak aku tulis aku ni berjantina perempuan, so aku nak highlight pasal puteri2 yang comey...:)

jadi aku wat entry ni sebagai peringatan kepada diri aku sendiri yang selalu alpa n kepada sesapa yang baca entry ni.. moga2 kita dapat ibrah walaupun cikit sekalipun.. so, aku quote pa yang da dalam buku ni di bahagian yang aku rasa amat menarik tok dijamu kepada mata n iman kita... :)

NASIHAT DAN BIMBINGAN UNTUK PUTERIKU-SYEIKH ALI THANTAWI

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada dihadapanmu. kunci pintu da ditanganmu. jika engkau meyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik. seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adlah kambing, pasti engkau akan lari...

wahai puteriku, demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya.. demi Allah, jangan percaya kata2 sebahagian lelaki bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. berbicara sebagai sahabat dan mencintaimu hanya sebagai teman akrab. bohong! demi Allah dia bohong...

wahai puteriku, lelaki yang soleh dan baik akan datang kepadamu dengan segala kerendahan hati, mohon kemaafan dan menawarkan hubungan yang halal dan terhormat. dia datang MEMINANG dan MENGAHWINIMU... setiap gadis mempunyai cita2 mencapai kebahagian yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri solehah dan ibu rumahtangga yang baik...

lelaki pada dasarnya akan mencari WANITA TERHORMAT dan bukan wanita jalang. sama juga dengan lelaki yang jalang dan menjijikkan, mereka akan bernikah dengan wanita dengan landasan sunnah dan syariat Islam.

'anda remaja cantik, ramai pemuda tertarik. tapi adakah kecantikan ini akan terus bertahan? bagaimana nasib bila sudah tua, ketika muka sudah kerepot dan badan membongkok? tahukah siapa yang akan menghormati dan memuliakan orang tua yang tidak berdaya? hanya anak dan cucu2nya sahaja..

saya tidak mengharapkan anda mengajak para wanita berubah secara drastik, sekali nasihat terus berubah jadi wanita solehah. namun hakikatnya, kami semua sedikit demi sedikit memendekkan pakaian, di kaki dan tangan. kamu menipiskan tudung2..

usaha awal kita ialah membanteras pergaulan bebas dan pembukaan aurat. bagi wanita yang menutup aurat tapi pergaulannya bebas, penggarapannya lebih mudah. pergaulan bebas itu adalah seorang wanita menerima tetamu lelaki di rumahnya, berjabat tangan dengan bukan muhrimya dan pergi ke kuliah bersama-sama.

wahai puteriku
itulah nasihatku yang hak dan benar
mudah-mudahan engkau mahu mendengar
jangan engkau dengar ungkapan yang lain
yang mengajak kepada kelalaian
hanya ditanganmu wahai puteriku
bukan ditangan kami kaum lelaki
hanya ditangan kunci pintu kebaikan
sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu
maka pasti seluruh umat akan menjadi baik...