Pages

Monday, 18 February 2013

setiap daripada kamu adalah pemimpin

assalamualaikum dan selamat petang..

alhamdulillah, aku still menikmati cuti sem aku yang singkat di rumahyang amat disayangi ni.. emm.. mengenai entry kali ni, aku teringat satu ceramah yang aku dengaq dulu dalam radio, masa tunggu jam menginjak ke pukul 6 n berharap bas cepat2 gerak sebab aku nak balik hostel cepat.. tapi ceramah dalam radio 2 amat catchy n dapat wat aku cuba nak hayati pengisian dia..

tajuk ceramah 2 pasal Sultam Muhamed Al-Fateh.. penceramah 2 banyak bercerita tentang peribadi Sultan Muhamed Al-Fateh.. tapi, last2 ceramah 2, penceramah 2 simpulkan sifat2 yang wajib bagi seorang pemimpin.. bukan hanya pemimpin sebuah kerajaan ataupun syarikat dan keluarga, tapi semua orang.. kerana setiap daripada kita adalah pemimpin! kerana kita ni khalifah ni muka bumi ni!!



 antara sifat yang di'highlight' oleh penceramah 2 adalah sifat tegas dan bertolak ansur.. well, mula2 aku ni anggap yang sorang yang bersifat tegas 2 bermakna dia kurang bersifat tolak ansur.. tapi lepas aku dengaq ceramah ni, baru aku tau, kedua2 sifat 2 wajib ada kat pemimpin ataupun diri kita ni...

aku bagi pengertian tolak ansur dulu.. tolak ansur ni cam kita akan dengaq dulu penjelasan orang pimpinan kita sebelum kita tuduh dan jatuhkan apa2 hukuman sekiranya depa wat salah.. tegas atau erti kata len kita tetap pendirian dan akan menghukum atau denda orang pimpinan kita sekiranya tersalah apa2.. tapi sifat tegas 2 penting di akhir sekali.. maksudnya, compare antara tegas dan tolak ansur, pemimpin mesti bertolak ansur dahulu baru la tegas datang kemudian..

penceramah 2 bagi contoh sirah Nabi Sulaiman.. masa Nabi Sulaiman suruh semua haiwan2 berkumpul, burung hud2 takda.. meskipun burung 2 kecik, tapi Nabi Sulaiman yang sebagai ketua ni dapat detect.. ni tunjukkan Nabi Sulaiman amat prihatin dan anggap setiap haiwan 2 amat penting meskipun saiznya kecik... semasa tunggu burung hud2 datang, Nabi Sulaiman kata: burung hud2 kena datang dengan sebab yang kukuh kenapa dia lambat datang. sekiranya tanpa sebab yang kukuh, aku akan sembelih burung hud2 

yang ni menunjukkan Nabi Sulaiman ni bersifat tolak ansur, baginda still nak dengaq alasan dari burung hud2 bukan terus menghukum.. kita dapat gak tengok yang Nabi Sulaiman ni tegas.. baginda kata kalau burung hud2 takda sebab yang kukuh, baginda akan sembelih burung hud2 (menjatuhkan hukuman).

bila burung hud2 datang, Nabi Sulaiman mintakan penjelasan.. dan semasa burung hud2 bagi penjelasan, Nabi Sulaiman tak menyampuk pun percakapan burung hud2.. jadi diingatkan kepada setiap pemimpin supaya mendengar penjelasan orang yang dipimpin.. bagi gak peluang kat depa untuk bercakap.. bukan hanya ketua ja yang bercakap dan yang len hanya anggukkan kepala macam pokka (sejenis binatang-versi kedah).
jangan la jadi pemimpin yang hanya tahu herdik orang yang dipimpin ja...

jadi, sorang pemimpin ni mestilah da banyak sifat2 yang baik.. dan ingat, kita ni semuanya pemimpin! kalau laki2 nanti akan jadi pemimpin bagi keluarga dan kalau pompuan akan jadi pemimpin keluarga bila suami takda kat rumah... pahal cakap rumah tangga ni?nak kawin la 2  yang paling penting KITA SEMUA KHALIFAH NI MUKA BUMI ALLAH NI...!

*Ya Allah, moga2 aku dapat iktibar dan dapat beramal.. sesungguhnya ni adalah peringatan untuk diri ni hanya hina... moga2 aku dapat jadi pemimpin yang baik